Thursday, September 8, 2011

^^ PADANG BARU _ SEMANGAT KESUKANAN ^^


Assalamualikum w.b.t


Padang baru dalam proses. Tak sabar rasanya.

Dulu padangnya kecil sahaja, di sebabkan
keperluan dan tuntutan pelajar yang semakin ramai, perbincangan di buat, maka lahirlah satu tapak untuk padang baru.






Semuanya tidak sabar menantikan kedatangan padang baru. Dari kawasan hutan, kami bersihkan, kami cantikkan.











Namun, usaha kami memerlukan sokongan dari pihak tuan/puan untuk melancarkan proses
pembinaan padang baru kami.






Dengan adanya bantuan dari pihak Tuan/Puan proses pembinaan padang baru sekolah kami akan berjalan dengan lancar hendaknya.




Bantuan pihak Tuan/Puan boleh di salurkan kepada ;


1. Tunai di kaunter pembayaran Pusat Pendidikan Al-Hidayah

2. Cek atas nama Tabung Pembangunan Al-Hidayah

3. Dimasukkan ke dalam akaun :

*Bank Muamalat
0804-0000803716 (Tabung Pembangunan Al-Hidayah)

*Maybank
569972001607(Tabung Pembangunan Al-Hidayah)

*Maybank
569972000983 ( SRAR Al HIDAYAH)







RIBUAN TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN







*** Sains @ UPSR ***





Assalamualaikum w.b.t....

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bakal menjelma tidak lama lagi. Sudah pasti anak-anak didik semua gementar, takut, gemuruh dan sebagainya. Harap kalian semua sudah bersedia untuk tempuhinya.



Justeru itu, kami di pihak organisasi sedaya upaya mengadakan serda sedikit pelengkap persediaan untuk anak-anak didik kami. Antaranya ialah teknik menjawab. Hari ini, khas diadakan teknik menjawab untuk subjek sains.



Doa kami, kejayaan akan menjadi milik anda semua.AMIN






Wednesday, September 7, 2011

~~ DOA KAMI ~~



Assalamualaikum w.bt

Syukur dengan kurnian dari-NYA. Berkat kesabaran, usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh, kejayaan telah di tempa oleh anak didik kami. Lahir dari asuhan dan didikan dari mualim dan mualimah beserta dorongan ibu bapa, beberapa orang pelajar kami telah berjaya menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Ada yang ke Mesir, Jordan dan sebagainya. Tahniah kami ucapkan. Doa kami mengiringi perjuangan kalian semua.




~~Tahun Satu 2012~~


Assalamualaikum w.b.t

Puasa sudah,raya pun sudah, di harapkan semua rakan
taulan, sihat hendaknya.Kembali bekerja bagi yang bekerja, dan kembali menuntut ilmu bagi yang sedang belajar.

Bagi kami di pihak organisasi, semuanya berjalan lancar. Alhamdullillah, semuanya dengan ketentuan dari-NYA. Kehadiran tahun 2012 yang tidak lama lagi, sedikit sebanyak kami mula membuat persiapan untuk menyambut ketibaan pelajar baru bagi sessi 2012 yang akan datang.


Untuk menuntut ilmu di pusat pendidikan ini, pelajar baru di kehendaki menduduki peperiksaan khas.



Terpancar kegembiran setelah penat menjawab kertas ujian yang di berikan. Semoga anda berjaya =)

















Setelah ujian kemasukan selesai,baru sessi pemilihan di jalankan berdasarkan ujian yang telah di buat. Surat tawaran akan dihantar ke rumah dan ibu bapa haruslah memberi jawapan sama ada menolak atau menerima tawaran untuk belajar di organisasi ini.

Seramai 120 orang pelajar telah terpilih untuk belajar di Sekolah Rendah Al-Hidayah untuk sessi persekoalan 2012 yang akan datang. Tahniah kami ucapkan. Semoga adik-adik semua belajar bersungguh-sungguh.

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH RENDAH AL-HIDAYAH

Setiap Detik


Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar kita hari ini? Sihatkah? Sakitkah? Diharapkan semuanya berada di dalam keadaan yang baik hendaknya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan....tanpa kita sedar, sudah sembilan bulan kita mengharungi suka duka pada tahun ini. Pelbagai rintangan dan dugaan kita tempuhi. Begitu juga kami di Pusat Pendidikan Al-Hidayah, pelbagai rintangan dan dugaan kami lalui.Dengan berkat kesabaran, kerjasama dan bantuan daripada ibu bapa, kami terus bangkit untuk memperkasakan lagi Pusat Pendidikan ini. Terima kasih x terhingga kami ucapkan.


Masih ingatkan kalian dengan projek pembangunan terbaru yang sedang di jalankan? Kami di pihat organisasi masih memerlukan dana daripada pihak Tuan/Puan yang prihatin dan dermawan dalam merealisasikan impian anak-anak didik kami.
Semangat mereka tunjang utama kami.

Kepada para dermawan yang sudi bersama kami, sumbangan kalian boleh disalurkan melalui

1. Tunai di kaunter pembayaran Pusat Pendidikan Al-Hidayah

2. Cek atas nama Tabung Pembangunan Al-Hidayah

3. Dimasukkan ke dalam akaun :

*Bank Muamalat
0804-0000803716 (Tabung Pembangunan Al-Hidayah)

*Maybank
569972001607(Tabung Pembangunan Al-Hidayah)

*Maybank
569972000983 ( SRAR Al HIDAYAH)



RIBUAN TERIMA KASIH DI

UCAPKAN






Monday, September 5, 2011

~ SALAM LEBARAN ~


Assalamualaikum...

Bulan Syawal menjelma..di kesempatan ini kami, ingin mengucapkan SALAM LEBARAN kepada semua. SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR BATIN




Sunday, August 14, 2011

~~ Bagi saya masa tambahan boleh? ~~


Selalu kita dengar melalui ustaz, ustazah, ceramah agama, televisyen dan kita baca bahawa solat itu tiang agama, juga merupakan amalan pertama yang akan dihisab di Akhirat, solat itu wajib dan banyak lagi tentang amalan yang satu ini..

Tetapi sekerap mana kita laksanakan amalan yang fardhu ini? Ada yang jawab, "Mestila aku solat 5 waktu.. Subuh, Zohor, Asar, Magrib, Isyak."

Ada juga yang jawab, "Eish, soalan ni budak tadika pun reti jawab. 5 kali lah. Tapi aku buat tiga kali je, kadang-kadang dua kali..ikutmood lah."

Mungkin anda juga pernah dengar ada yang menjawab, "Solat? Penting sangat ke..? Entah, aku tak pernah kisah pun nak solat-solat ni. Aku bukan alim pun nak solat-solat ni."

Excuse me! Minta perhatian ye saudari, saudara yang dilahirkan ISLAM dan didalam IC tertera perkataan ISLAM..

Solat diamanahkan BUKAN untuk orang alim-alim sahaja. Sesiapa sahaja yang beragamaISLAM, WAJIB menunaikan solat 5 waktu yang diamanahkan Allah S.W.T. Tidak ada wujud istilah terpulang pada diri masing-masing kerana kubur asing-asing. Walaupun kubur memang asing-asing tetapi sekurang-kurangnya kalau kita tidak diseksa kerana tidak menunaikan solat tak ada lah jiran sebelah kubur kita tu terpaksa tutup telinga dengar awak menjerit terlolong kena seksa nanti!

Dulu aku pun pernah terfikir sambil merungut, "Kenapa la kena solat.. kan leceh?"

Lepas tu bila aku sudah berilmu sedikit aku terfikir pula macam ni, "Nampaknya dah nak habis waktu ni, kalau solat pun belum tentu diterima. Takpe lah esok je lah solat."

Kadang-kadang otak aku berfikir juga macam ni dek kerana hasutan syaitan-syaitan durjana, "Aku ni dah pernah buat banyak dosa. Dosa besar, dosa kecil, kalau aku solat pun mesti tak sah. Jadi, tak payah la solat."

Ataupun begini, "Alah, aku ni muda lagi. Kalau tahun depan baru start solat pun takpe."

Astagfirullahalazim! Ya Allah ampunkan lah dosa-dosa aku selama ini kerana sering mempersoalkan tuntutan-Mu suatu ketika dahulu!"


Allah beri kita telinga bukan untuk dengar lagu-lagu favourite kita semata-mata. Allah kurniakan telinga kepada kita agar kita dapat mendengar AZAN iaitu seruan kepada umat Islam untuk menunaikan solat pada setiap waktu-waktunya. Ada juga alasan belum sampai seru untuk menunaikan solat yang pernah ku dengar daripada mulut-mulut mereka yang gemar memberi alasan. Come on! Kalau AZAN yang sekuat-kuat tu pun dikatakan tidak sampai seru lagi agak-agaknya nak kena kuat macam mana lagi ya?

Yang paling hairan bila Terawih bukan main laju pergi masjid. Siap ada yang kutuk-kutuk manusia-manusia yang tidak pergi Terawih pula.. padahal Terawih itu amalan sunat. Sedangkan amalan wajib yang 5 waktu tu tidak pula mereka laksanakan. Kalau laksanakan pun mungkin lopong-lopong. Lebih banyak lopong daripada yang terisi. Itulah realiti sebilangan umat manusia yang mengaku ISLAM tetapi tidak langsung menjaga amalan yang diwajibkan oleh Islam itu sendiri.

Tidak guna kaya harta kalau tidak reti bersyukur yakni menunaikan solat kepada Allah yang memberi rezeki.

Tidak guna pandai kalau tidak reti berterima kasih yakni menunaikan solat kepada Allah yang memberi kebijaksanaan.

Tidak guna dipuji dan berstatus tinggi jika tidak reti memuji Allah yakni menunaikan solat kepada Allah yang berhak menerima segala puji-pujian.

Tidak guna hidup lama jika tidak reti bertafakur yakni menunaikan solat kepada Allah yang mengurniakan ruh, jasad dan nyawa.

Tidak guna kita mengejar nikmat dunia semata-mata dan lupa bahawa dunia ini hanyalah persinggahan yang tidak pasti. Gunakanlah kaki dan tangan yang Allah kurniakan untuk bersujud dan berdoa kepada-Nya.

Aku pasti semua yang membaca artikel ini masih bernafas dan hidup, samada sihat atau tidak itu tidak penting. Yang penting, rakan-rakan masih ada peluang untuk memohon keampunan-Nya dan bertaubat. Jangan nanti, bila ruh dah sampai ke tekak (dicabut) ketika itu barulah memikirkan dan berteriak....

"Malaikat Izrail! nak mintak tambah masa leh???!"

- Nasihat dan peringatan untuk semua umat Islam termasuk diri sendiri. Wallahualam.